Friday 23 January 2015

TAZKIRAH 1/2015-MENGHORMATI AZAN

TAJUK : MENGHORMATI AZAN
TARIKH : 23 JAN 2015
HARI : JUMAAT
PENYAMPAI : TN HJ MOHD ELIAS ZAIDY B MOHD YUSOF

MENGHORMATI AZAN


Lidah kelu disaat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak diketahui. Cuba kita amati... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud " handaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menhampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang islam kita wajib menghormati azan . Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar untuk agar berdiri tegak, dan mendiamkan diri....mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri...!

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan berkumandang, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba...maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yang dapat menyebut kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu, marilah kita sama-sama menhormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah kita tidak dikelukan walaupun nyawa sedang dicabut.  " Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Lailahaillallah... semasa sakaratul maut menghampiri kami..."

Nabi S.A.W bersabda : Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaransehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan melarikan diri sehingga tidak mendengarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia akan kembali menghasut.





No comments:

Post a Comment