Tazkirah

MINGGU 33
JUMAAT 
26 SEPT 2014 / 1 ZULHIJJAH 1435

USTAZAH SUHAILA BT ZAKARIA
TAJUK : 12 MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW.

1- Barli
2- Kurma
3- Anggur
4- Madu
5- Buah Tin
6- Tembikai
7- Cendawan
8- Susu
9- Air Putih / Air Masak
10- Minyak Zaitun
11- Buah Delima
12- Cuka

Untuk Huraian Lanjut Sila Klik Pautan Ini SINI



TAZKIRAH MINGGU 1/2016 : Adab Memberi salam

1. Memulakan ucapan salam.
2. Mengucapkan salam dengan sempurna.
3. Menjawab ucapan salam dengan ucapan yang lebih baik atau sama baik.
4. Yang Muda memberi salam kepada yang tua. Berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan, Berjalan memberi salam kepada yang duduk, sedikit memberi salam kepada yang banyak.
5. Mengulang ucapan salam tatkala berjumpa.
6. Boleh beri salam kepada lelaki/ perempuan ajnabi jika bebas dari fitnah
7. Contoh ucap dan jawab salam.






TAZKIRAH MINGGU KE-2/2016 : Kelebihan Orang Yang Menuntut Ilmu

Daripada al-Quran

 فَسۡ‍َٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Terjemahan :

Maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri (orang yang mengetahui mengenai kitab Allah) jika kamu tidak mengetahui.

Daripada hadis Nabi Sallahu‘alaihiwasalam

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا، سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Terjemahan :

“Sesiapa yang menempuhi satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memasukkannya jalan ke syurga.”

Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Abu Daud, at-Termizi, Ibnu Majah, ad-Darimi, al-Hakim, al-Baghawi dalam Syarh as-Sunnah, Ibn Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu.




 TAZKIRAH MINGGU KE-3/2016 : 12 Sunnah Ketika Berada Di Tandas

1. Masuk dengan kaki kiri dan berdoa.
2. Memakai selipar di dalam tandas agar tidak tepijak najis.
3. Menutup kepala.
4. Menanggalkan atau meninggalkan apa-apa objek yang ada nama Allah, ayat al-Quran dan Rasul-Nya.
5. Tidak menyebut nama Allah dan memberi salam serta menjawab salam di dalam tandas.
6. Beristinjak dengan air dan sesuatu yang dibolehkan melalui syarak.
7. Mengangkat pakaian seperti seluar atau kain agar tidak terkena najis.
8. Ditegah bercakap-cakap di dalam tandas.
9. Menyempurnakan hajat dalam keadaan mencangkung.
10. Sunnah istibra’ iaitu berdehem untuk membuang baki air kecil.
11. Jimatkan penggunaan air.
12. Keluar dengan kaki kanan dan membaca doa keluar tandas


TAZKIRAH MINGGU KE-4/2016 : Adab bersahabat

لايؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفس
"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." 

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

 

TAZKIRAH MINGGU KE-5/2016: Adab Membaca Al-Quran

1- Hendaklah yang membaca Al-Qur’an berniat ikhlas, mengharapkan ridha Allah, bukan berniat ingin cari dunia atau cari pujian.
2- Disunnahkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan mulut yang bersih.
3- Disunnahkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan suci.
4- Mengambil tempat yang bersih untuk membaca Al-Qur’an.
5- Menghadap kiblat ketika membaca Al-Qur’an. Duduk ketika itu dalam keadaan sakinah dan penuh ketenangan.
6- Memulai membaca Al-Qur’an dengan membaca ta’awudz.
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآَنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.
(QS. An-Nahl: 98)
7- Membaca “bismillahir rahmanir rahim” di setiap awal surat selain surat Bara’ah (surat At-Taubah).
8- Hendaknya ketika membaca Al-Qur’an dalam keadaan khusyu’ dan berusaha untuk mentadabbur (merenungkan) setiap ayat yang dibaca.


TAZKIRAH MINGGU KE-6/2016: Tujuh Kalimah Untuk Diamalkan





TAZKIRAH MINGGU KE-7/2016 : Adab-adab Sebelum Tidur



TAZKIRAH MINGGU KE-10/2016 : Iman, Islam dan Ikhsan

Maksud Hadith:
Daripada Umar r.a. katanya: Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang sangat putih kainnya, sangat hitam rambutnya, tidaklah kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga dia duduk berdekatan dengan Rasulullah s.a.w. lalu dia menyandarkan kedua-dua lututnya kepada kedua-dua lutut Rasulullah s.a.w. dan meletakkan kedua-dua telapak tangannya ke atas kedua-dua paha Nabi s.a.w.
Kemudian dia berkata: Hai Nabi Muhammad! Khabarkanlah kepadaku darihal Islam. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa bulan Ramadan, dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya. Dia berkata: Benarlah engkau! Maka kami pun tercengang kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.
Katanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal Iman. Rasulullah s.a.w. menjawab: Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah, dan malaikat-Nya, dan segala kitab-Nya, dan para Rasul-Nya, dan engkau beriman kepada takdir baik-Nya dan jahat-Nya. Dia berkata: Benarlah engkau!
Kemudian dia bertanya lagi: Maka sekarang khabarkanlah kepadaku darihal Ihsan. Rasulullah s.a.w. menjawab: Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau.
(HR. Muslim) 

  
TAZKIRAH MINGGU KE-11/2016 : Adab dengan orang yang lebih tua

Sabda rasulullah saw yang bermaksud: “ Bukan dari golongan orang yang tidak mengasihi orang yang lebih muda dan tidak memuliakan orang yang lebih tua.”

Mendahulukan orang yang lebih tua, diantaranya:
1. Menjadi Iman ketika solat
2. Dalam pertuturan, berbicara dan memberikan keterangan.
3. Mendahulukan orang yang lebih tua dalam urusan “pemberian”.
4. Memberi dan menjawab salam.
5. Menggunakan Bahasa yang lebih lembut (merendahkan suara).
6. Meminta maaf jika melakukan kesalahan.




TAZKIRAH MINGGU KE-12/2016 : 10 Ciri anak yang soleh.

Sabda nabi SAW: “ Apabila mati seorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalannya, kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh.”

“Didiklah anak-anakmu dan perbaguskan adab mereka” (HR, Ibn Maajah)

1. Mempunyai iman yang sempurna.
2. Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah SWT).
3. Menghormati ibu bapa, guru, orang tua, jiran dan kawan.
4. Rajin beribadat kepada Allah SWT.
5. Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.
6. Sentiasa berdoa kepada ibu bapa samada yang masih hidup @ Meninggal dunia.
7. Memiliki akhlak yang baik.
8. Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pelajaran.
9. Berusaha dan bertawakal kepada Allah.
10. Ikhlas, iaitu melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah SWT.



TAZKIRAH MINGGU KE-13/2016: Balasan untuk orang yang meninggalkan solat.

Subuh: Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.
Zuhur: Dosanya seperti membunuh seribu orang islam.
Asar: Dosanya seperti meruntuhkan kaabah
Maghrib: Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri
Isyak: Allah tidak lagi redha orang yang meninggalkan solat isyak dengan sengaja menggunakan nikmat-nikmatNya.

Seksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempit kan oleh Allah.Doanya tertolak,  Hilang cahaya soleh dari      wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit sempitnya. Kuburnya akan digelapkan


TAZKIRAH MINGGU KE-14: Rukun Islam


 Rukun Islam

1-Mengucap dua kalimah syahadah
2-Solat 5 waktu
3-Berpuasa di bulan ramadhan.
4-Mengeluarkan zakat.
5-Menunaikan Haji.




No comments:

Post a Comment