Friday 30 January 2015

TAZKIRAH 3/2015 - AIR

TAJUK : AIR
TARIKH : 30 JAN 2015
HARI : JUMAAT
PENYAMPAI : TN HJ MOHD ELIAS ZAIDY B MOHD YUSOF

Mutiara Firman.
"Dan yang menurunkan air dari langit dengan kadar tertentu lalu kami menghidupkan dengan air itu negeri yang mati"
Surah zukhruf ayat 11

Air adalah elemen penting dalam kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, Islam tidak eletakkan semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian :

  • air yang suci lagi menyucikan, tidak makruh digunakan. = AIR MUTLAK
  • air yang suci lagi menyucikan, tetapi makruh                 = AIR MUSYAMMAS
  • air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan                   = AIR MUSTA'MAL
  • air yang tidak suci lagi tidak boleh menyucikan              = AIR MUNTANAJIS
AIR MUTLAK


  • air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk aslinya.
  • jika air yang lebih dari dua kolah (10 tin minyak tanah atau setengah pendapat 13 tin atau 230 liter) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubahkan sifat air, maka air itu masih dianggap sebagai mutlak.
  • air yang berubah disebabkan sudah lama, lumut dan bertakungatau tempat mengalirnya mengandungi belerang.
HUKUM AIR MUTLAK.

Air mutlak adalah air yang suci dan boleh menyucikan dan tidak makruh penggunaannya.

AIR MUSYAMMAS.

ialah air yang terjemur ditengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan pula ketika air masih panas.

HUKUM AIR MUSYAMMAS.

Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh pengunaannya.
  • walaubagaimanapun, di negara kita (Malaysia) tidak menjadi makruhkerana darjah kepanasannya tidak sebgitu tinggi.
  • air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walaubagaimanapun, air yang masih panas masih boleh digunakan untuk membasuh pakaian.
 AIR MUSTA'MAL.
Merupakan air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas samada hadas besar atau kecil. Ini bermakna air yang telah dibasuhkan kepada anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai 2 kolah.

HUKUM AIR MUSTA'MAL

Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan.

AIR MUNTANAJIS

Ialah air yang kurang dari 2 kolah dimasuki oleh najis samada air itu berubah ataupun tidak.
Begitu juga sekiranya air yang lebi dari dua kolah dimasuki najisdan air itu berubah rasa, bau atau warnanya, maka air ini TIDAK BOLEH DIBUAT BERSUCI ATAU DIMINUM.

HUKUM AIR MUNTANAJIS

air yang tidak suci lagi tidak boleh menyucikan.

BUKAN AIR MUNTANAJIS.

Contohnya seperti berikut:
  • air yang termasuk bangkai bukan dengan sengaja.
  • air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughallazah.
  • air yang lebi dari 2 kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.
  • air yang jatuh ke dalamnya  haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarahseperti semut.
AIR YANG BERCMPUR DAN BERUBAH.

Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan  ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gaharu sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar air gahara.

Bagi air yang bercampur pula, terdapat 2 cara air bercampur iaitu :-
  • MAJAWIR - apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contihnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut , maka hukum air itu adalah AIR MUTLAK.
  • MUKHALIT - apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air yang dimasuki nila, maka air itu hukumnya AIR MUSTA'MAL.

Friday 23 January 2015

TAZKIRAH 1/2015-MENGHORMATI AZAN

TAJUK : MENGHORMATI AZAN
TARIKH : 23 JAN 2015
HARI : JUMAAT
PENYAMPAI : TN HJ MOHD ELIAS ZAIDY B MOHD YUSOF

MENGHORMATI AZAN


Lidah kelu disaat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak diketahui. Cuba kita amati... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud " handaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menhampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang islam kita wajib menghormati azan . Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar untuk agar berdiri tegak, dan mendiamkan diri....mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri...!

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan berkumandang, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba...maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yang dapat menyebut kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu, marilah kita sama-sama menhormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah kita tidak dikelukan walaupun nyawa sedang dicabut.  " Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Lailahaillallah... semasa sakaratul maut menghampiri kami..."

Nabi S.A.W bersabda : Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaransehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan melarikan diri sehingga tidak mendengarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia akan kembali menghasut.