Wednesday 16 November 2011

Majlis Khatam Al-Quran Perdana SKSD 2011M/1432H

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Majlis Khatam Al-Quran Perdana peringkat sekolah telah berjaya diadakan pada 11 November 2011 bersamaan hari Jumaat bertempat di Dewan Hjh Maimunah Khamis, SKSD. Majlis ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam SKSD.  Ianya bermula seawal jam 8.00 pagi dengan acara perarakan masuk tetamu jemputan iaitu YM Tn Hj Raja Abdullah B Raja Setapa, Pengelola Cemerlang PPD Jasin bersama-sama dengan barisan pentadbir SKSD dan para peserta Khatam al-Qur’an Perdana.
 Majlis dimulakan  dengan ucapan Pn Normi Bt Jantan, GB SKSD dan diteruskan dengan ucapan  oleh YM Tn Hj Raja Abdullah B Raja Setapa, Pengelola Cemerlang PPD Jasin.  Tepat jam 9.00 pagi, maka tibalah masanya untuk Majlis KhatamAl-Quran bermula dan disudahi dengan bacaan takhtim dan doa khatam al-Qur’an . Bilangan peserta Khatam Al-Quran adalah seramai 42 orang di bawah pimpinan Ustaz Mohd Elias Zaidy B Mohd Yusof.
Setelah selesai majlis khatam al-Quran, maka bermulalah acara penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta khatam al-Quran, murid Terbaik Kem Bestari Solat untuk tahun 2011 dan acara kemuncak iaitu Anugerah Imam ‘Asim dan Imam Hafs kepada peserta terbaik khatam.  Majlis diteruskan dengan acara  perasmian blog Panitia Pendidikan Islam SKSD iaitu Laman Al-Huda oleh YM Tn Hj Raja Abdullah B Raja Setapa, Pengelola Cemerlang PPD Jasin . Pada jam 10.00 pagi  majlis bersurai.
Panitia Pendidikan Islam merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis ini.